Ya Allah!! Lamanya kita tak meng’hapdet’ blog ini, okay.. Tu lah, dulu ingat boleh la nak nulih paling koman pon seminggu sekali.. Ha tengok la ni.. Memang tak boleh pakai.. Semangat ku bak embun di hujung rumputssss.. Ni la nama dia orang ‘Melayu’.. Hangat2 taik hayam!! Chesss!! Hmm.. Nak buat cemana hek..? Nak kena buat azam lagi ke..? Tok sah la nak berazam bagai ye..
Okay la, untuk tahun 2011 ni, entry ni mungkin bleh dijadikan pemanas badan… Makeover:
Our Little Heaven.. Tajuk kecik: Kitchen Cabinet.. ecececeee..
Our Little Heaven.. Tajuk kecik: Kitchen Cabinet.. ecececeee..
Dah 7 bulan masuk umah baru.. Sungai Buloh Country Resort, kat Saujana Utama.. Kebetulan dapat nombor rumah 88.. Orang Cina kata ong.. Harapnya ONG la..Jangan ‘ong gedek gedek’, sudehhh.. Ok, balik ke tajuk asal.. (*ni kalau jawab soalan peksa ni,memang confirm fail, okay*)
Kita ni idok le banyak sangat bajetnya.. Masa nak pindah tu,tak de la bajet berkepuk2 macam orang lain.. Orang lain yang banyak duhit tu, bleh la dorang nak berplaster ceiling segala.. Kami ni, bajet banyak dah ‘lari’ ke bayar sewa umah sebelum tu.. Maklum la, kita ni bisnes, bukan selalu masyukk..eheheee..
So, bila dah masuk kat umah tu, susun je la apa barang yang ada mengikut kemampuan dan kreativiti masing2 ya.. So ini la dapur umah kami..
Mr Anzio tengah masak ayam masak kari ni..
~ Gambar diambil dari blog adik ku sebab malas nak edit gambar sendirik.. ahakksss ~
~ Ha, cenggini la mak susun2 barang dapur mak.. ~
Selang beberapa bulan, Mr. Anzio tetiba mengumumkan yang dia sudah mendapat bonus.. Yeay!! Saya suka!! (*tetiba awak plak yang suka kan..*) Maka, usul pun dibincangkan untuk membuat kitchen cabinet.. Mula2 nak pilih kaler Black & White macam lagu Michael Jackson tu.. Tapi pastu bila dengar2 kawan sana pon nak buat black & white, yg ini pon sama,nak buat kaler itu, pastu kat dalam magazine pon banyak sangat yg kaler cenggitu, maka kami pon tone down kan sikit kaler dia kepada kaler Dark Grey & Silver..
Mula2 cadang tu nak pakai perkakasan IKEA.. Pegi sana, design segala, tengok bajet termasuk transportation + installation, perghhh!! 11K ++ okay.. Saya adalah PENGSAN.. Maka, cancel la ia kerana tidak menepati bajet yang diluluskan oleh Mr Anzio..
Pastu Mr Anzio kata, kawan dia rekemen sorang kontraktor ini.. Dia buat segala kitchen, plaster ceiling, renovation all the teeny tiny little things, mak nenek sumer dengan pakcik ni.. Maka, kami pon bincang2 & dapat kata sepakat..
So, kerja2 membuat dapur pon bermula.. Proses buat counter top+base amik masa sehari je.. Pastu esoknya, masa untuk menebuk2 dinding untuk tambah plug point.. Dia siap buatkan 2 unit plug points baru kat tepi sinki.. So, boleh la nak masak nasi ke, nak blender cili kat situ tanpa menggangu bahagian2 lain belah sana.. Tu idea pakcik tu la..
~ sekarang baru tau, rupanya dorang letak rangka2 dulu sebelum buat counter top ~
~ Rangka2 tu kena tanam dalam dinding rupanya.. Ohhh.. Patut la bunyik bising..ahaxxx ~
Pastu dorang biar counter top tu kering dalam 5 hari sebelum dorang sambung pasang kabinet plak.. Diorang tolong pasangkan sekali la segala electrical appliances yang kita dah beli sebelum tu.. Hood+hob+oven tu,kita beli kat IKEA.. Masa tu dorang ada promotion.. Beli 3 menda tu, RM2,599.. Brand FAGOR..
~ Dapur 3 tungku dengan hood yang ada lampu.. (*bukan ke semua hood ada lampu*) ~
~ Berkilat lagi, ngkau ~
Melalui ‘temuramah’ dengan beberapa pengguna jenama FAGOR ni, dorang kata, brand ni bagus.. Tahan berpuluh2 tahun.. Ada akak kat ofis Mr Anzio kata, mak dia pakai dapur FAGOR ni, sejak akak tu kecik2 lagi.. Sampai sekarang masih boleh digunakan lagi..
So, bila base+counter top tu dah kering, team pakcik ni datang lagi untuk pasang kabinet plak.. Diorang pon ada tebuk lubang kat dinding dapur untuk keluarkan ducting dari hood tu.. Kalau tengok dari luar, dah macam mata alien la pulak.. ehehehee.. Yg bestnya, dorang buat jugak penutup untuk tutup saluran ducting kat atas kabinet tu.. Maka, kitchen cabinet kita nampak lebih kemas dan cantik..
~ Ini tall unit yang akan disumbat dengan oven dan microwave ku ~
~ Haaa, nampak saluran ducting tu..? Dorang bawak masuk kat box penutup manhole yang memang pelan asal umah ~
Sebab mostly orang yang buat kitchen ni, diorang tak tutup bahagian yang ducting tu.. So, nampak macam ala2 kilang la pulak bila nampak bahagian saluran ducting tu.. Even tanya kat kedai yang ada showroom mahal2 pon,dorang kata, “Oh, itu saluran ducting memang tak da tutup punya.. Biasa maa.. Semua rumah pon itu macam maa..” Tapi, bukan rumah I olsss, okay.. hik hik..
~ Haaa, tu dah tutup dah.. Nampak kemas je kan.kan..? (*aku memang suka syiok sendirik..maap kan la kami yek*) ~
~ Begini la rupa bentuk dapur umah kita.. Simple je.. Tak de la fancy2 pon.. ~
Kos pembuatannya..? Hmm.. begitu begini, gedebak gedebuk.. Lebih kurang RM7K laa.. Walaupun terlebih bajet dalam RM2K, tapi, alhamdulillah.. For me, ia dah cukup cantik dan mampu menyimpan segala barang2 yang ada melambak dalam bilik stor tu, okay.. Adiosss..
1 comments:
Boleh bg no cntc org yg buat KC awak yg cantik ni? Tq
Post a Comment