BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 14, 2010

We Are Kryptonian..


Salam to all readers.. WE ARE KRYPTONIAN.. hahahaaa.. cam best je kan kalau bleh jadik 'Kryptonian'.. korang tau tak, kryptonian tu apa.. haa, ia diambil dari perkataan 'Krypton' iaitu planet kryptonite.. planet tu dah musnah disebabkan pergolakan politik puak yang mendiami planet tu.. planet tu jugak sangat sinonim dengan seorang SUPERHERO yang sangat digilai oleh ramai anak gadis termasuklah diriku ini.. (walaupun dah tak 'gadis' sangat laaa... heeee) dah bleh relatekan tak planet tu dengan apa..? apa...? Ha.. SUPERMAN!! Strange visitor from ANOTHER PLANET..

Apasal la aku bercerita pasal SUPERMAN ni.. tak pasal2 je kan.. intro yang tak berapa best la.. (sebenarnya dah tak de idea nak intro macamana... huhuuu.. ( T  T )  )

Ye, kita adalah kipas susah mati (die hard fan) citer SUPERMAN.. Daripada hero dia Christopher Reeve, Dean Cain hinggalah kepada Tom Welling yang jadik Clark Kent zaman remaja.. The best part is, hubby ku yang terchenta itu pon berkongsi citarasa dengan diri ku ini.. (oppss, tidak bermakna dia ialah seorang penyumbangleweng ye.. eh, betul ke aku eja tu..) Itu la sebabnya tajuk cerita hari ini ialah 'We Are Kryptonian'..

Actually, this is my first posting of my personal blog.. sebelum ni pon memang dah ada blog, tapi blog tu lebih kepada home-based business.. jadik, tak boleh campur2.. nanti pening.. atas saranan seorang teman baik iaitu Jaja (ye jaja.. kak qin credit nama mu di sini..), dia suruh kita membikin sebuah BLOG lain, yang lebih kepada personal life untuk menceritakan kisah hidup ku.. a walk to remember.. lebih2 lagi selepas kelahiran anak kedua kita, si budak Aniq itu..

Oleh yang demikian, marilah kita berkenal2an dengan WATAK UTAMA dalam ini cherita supaya lepas ni kalau kita bercerita pasal dorang, bleh la korang bayangkan muka makhluk2 ni.. :

The Writer a.k.a Lois Lane (wakakaka.. perasannye..)
Ini ialah haku.. mummy kepada dua orang little people yang sangat2 superb dalam segala2nya.. (apa2 pun, budak berdua itu lah permata hati mummy.. i love you all.. mwwah mmwahh..), seorang suri kepada hubby ku yang ter'hensem' (eceh.. puji suami sendiri, kan..), seorang bibik kepada rumahtangga sendiri (ya ampunnn..huhuuu..) dan seorang pengasuh kepada anak2 sendiri.. korang pon tentu macam tu jugak kan.. ok, NEXT!!



The Designer a.k.a Clark Kent
Ini ialah hubby ku yang ku war2kan hensem itu.. (hensem kan..? jangan jeles..~haku je yg rasa dia ni hensem..) Cuba korang banding2kan gambar dia dengan Tom Welling tu.. sama tak..? haa, gilakan SUPERMAN bukan gila saje2 tau.. carik suami pon muka kena macam SUPERMAN jugak.. ingat senang nak dapat suami muka cam Clark Kent..? bergolok bergadai nak dapatkan dia ni.. (tak de la sampai golok gadai pon.. alah,sebenarnya tak de la sama pon muka dia dgn Tom Welling tu.. kompang je lebih.. haku je yang perasan kawen dengan SUPERMAN..ngeee) ok,NEXT!!

The Model
Haa, ni la model terchantekk mummy!! model pertama mummy dan bakal menjadi Talent Director syarikat ku di masa akan datang.. (berangan la ye.. imaginasi memang sampai ke langit).. nama dia Adriana.. dia ni la pencetus idea masa mula2 nak wat bisnes dulu.. daddy dia sayang sangat kat dia ni.. dia ni kreatif & penyayang orangnya.. (ikut perangai daddy) dia sayang sangat kat adik dia sampai nak makan apa pun kalau bleh nak bagi adik dia rasa.. (p/s: adik dia ni kecik lagi.. baru 3 bulan, meh)


The Compliment
Si budak baby chomel ni bukanlah Lex Luthor ye.. walaupun dia pakai baju ada tulis 'Handsome Devil' di situ, budak kechik ini ialah ahli keluarga Kryptonian jugak ye.. sangat pandai amik hati mummy dan sering menjadi 'mainan' si kakak (huhuuu..cian dia).. sekarang dia dah pandai panggil2 orang ajak berborak dengan dia.. very friendly.. kalau tengok dia gelak2 tu, hati PANAS pon bleh jadik SEJUK.. (tentu korang pon rasa macam tu kan bila tengok anak korang yang baby2 tu dok tergelak..) nama dia Aniq.. senang la jaga dia (macam masa kakak dia jugak la kecik2 dulu..) Alhamdulillah..

So, itu je la cherita hari ini.. nanti kita sambung lagi.. BYE!!!

Related Posts with Thumbnails